Pelawak Man Raja Lawak berkata dia sudah tawar hati untuk
menyertai Sepahtu Reunion Live selepas permohonannya untuk menjadi pelakon
tetap program berkenaan ditolak.
Memetik mStar Online, Man berkata dia tidak akan menerima
jika dipanggil sebagai pelawak undangan untuk ke program berkenaan selepas ini.
“Buat apa lagi nak masuk kalau orang kata saya ini macam
peminta sedekah? Betul pada awalnya tapi kalau saya sahaja yang beria dan pihak
sana macam tak berminat, tak boleh juga.
“Apabila tidak ada orang lain boleh naikkan rating, baru nak
panggil saya. Baru nak mengharap dan terhegeh-hegeh,” katanya.
Bagaimanapun, Man berkata dia tidak berdendam dengan sesiapa
sebaliknya menganggap ia bukan rezekinya. Malah, dia terbuka bekerjasama dengan
Sepahtu sekiranya ada peluang lain selepas ini.
SUMBER: mStar Online
0 Comments