ALOR SETAR – “Saya nampak tok wan tergapai-gapai minta tolong
sebelum hilang dihanyutkan arus deras”
Demikian cerita Ayish Faizul, 12, selepas datuknya, Azizan
Yaakob, 63, ditemui mati lemas selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala
ikan di Kobah di Pendang, dekat sini kira-kira pukul 10 pagi tadi.
Menurut Ayish, arus deras menghanyutkan datuknya sejauh
kira-kira lima meter sebelum memasuki satu terowong air di situ.
“Tok wan jatuh dekat-dekat dengan saluran dan arus deras
sangat. Kami nampak tok wan tergapai-gapai minta tolong.
Orang yang lalu di situ sempat tarik tok wan ke darat tetapi
terlambat sebab dia sudah tak ada,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah
Bahiyah (HSB) di sini hari ini.
Katanya, kejadian berlaku ketika dia bersama adik berusia
lapan tahun menemani datuknya itu menjala ikan.
Difahamkan, mangsa terjatuh ke dalam sungai tersebut ketika cuba meleraikan jala yang tersangkut pada tumbuhan liar di dalam sungai.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments