Emma Maembong kena sihir siap baca mantera di pusat karaoke

Emma Maembong kena sihir siap baca mantera di pusat karaoke



Emma Maembong terpaksa hidup dalam ketakutan selama empat tahun akibat gangguan mistik dipercayai perbuatan sihir seorang peminat yang obses terhadap dirinya.

 

 

Kongsi Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 32, gangguan mula dirasai selepas membaca satu mantera yang dihantar menerusi perkongsian sekeping gambar bersama seorang lelaki dipercayai peminatnya dalam Instagram.

 

“Ada satu hari saya pergi karaoke dengan beberapa kawan artis termasuk pembantu peribadi. Masa kawan lain sedang menyanyi, saya duduk main telefon, tiba-tiba ada seorang lelaki ‘tag’ gambar saya di sosial media, Instagram.

 

“Apa yang peliknya, kapsyen pada gambar tersebut sangat panjang. Saya sudah mula rasa pelik dan mahu baca apa kapsyen yang ditulis panjang sangat tentang saya.

 

“Apabila sampai ayat ‘dengan nama Nabi Muhammad aku terbalikkan dan di atas nama Allah aku seru…’, tiba-tiba saya termenung macam sudah terkena mantera (pukau).

 

“Saya terus meracau, mengilai, muka saya basah, saya menjerit. Yang saya ingat ada dua kawan saya pegang tangan. Pembantu saya dah mula menangis. Mereka semua jerit ‘Emma sedar… sedar….’.,”kongsinya kepada pengacara.

 

“Dalam satu majlis bersama peminat, dia minta untuk bergambar dengan saya, minta mahu bergambar penuh.

 

“Kemudian, satu hari saya melihat dia muat naik gambar dan menandai (tagged) saya dalam Instagram dengan kapsyen panjang lebar.

 


“Rupa-rupanya saya terbaca mantera yang dihantar kepada saya. Saya tidak ingat apa jadi ketika itu tetapi dikatakan saya mula mengilai dan menjerit serta muka saya basah (berpeluh-peluh),” katanya dalam temu bual sebuah sesi audio siar (podcast).


Pelakon drama Takdir Itu Milik Aku itu mendedahkan banyak kejadian aneh berlaku dalam hidupnya hampir empat tahun, bahkan lelaki terbabit berani menghampirinya dalam sebuah majlis lain.

 

“Inilah yang paling teruk dan banyak mengubah kehidupan saya dalam tempoh empat tahun. Pada satu majlis kahwin, saya nampak lelaki itu hadir.

 

“Saya jadi takut dan paranoid. Ahli kelab peminat saya kepung dia dan tidak membenarkan dia masuk.

 

“Dia ‘selfie’ gambar dan buat hantaran beritahu tunggu satu hari saya akan datang melutut (kepadanya),” kongsi ibu anak dua itu lagi.

 

Dalam masa sama, kenalan rapat Emma juga mula nampak perubahan pelakon itu dan menjangka dia sudah terkena perbuatan sihir.

 

“Sejak dari hari itu, saya tidak henti kena buatan orang yang sangat teruk.

 

“Saya senyum dalam sesi fotografi tetapi gambar saya nampak seperti senyum terbalik,” tuturnya.

 

Mengakui masih lagi diganggu hingga ke hari ini, Emma hanya percaya dengan ketentuan Tuhan selain lebih berhati-hati apabila berjumpa orang dengan tidak dikenali.

 

“Saya hanya takut Allah, aku beranikan diri. Dahulu saya layan sakit ini tetapi sekarang lebih kuat dengan solat dan mengaji.

 

“Saya ada Allah jadi kenapa nak kena mengalah sebab itu saya banyak berhati-hati seperti tidak bersalaman dengan orang sesuka hati,” katanya.

 

Begitupun, Emma tidak mendedahkan sama ada sudah berubat atau mendapatkan rawatan ‘membuang’ sihir berkenaan.

 

Kredit: KOSMO! ONLINE




Post a Comment

0 Comments