Pelakon Nur Fazura tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari kira-kira jam 9.30 pagi tadi bagi sebutan permohonan cerai dibuat terhadap suaminya, Fattah Amin.
Fazura dilihat tampil serba putih diiringi lima orang pegawal
peribadi, peguam serta pengurusnya.
Dilihat tenang, Fazura juga sempat menyapa para media yang menunggu di perkarangan mahkamah serta memberitahu dirinya dalam keadaan baik-baik saja.
“Selamat pagi. Kita jumpa selepas ini. Saya okay sahaja,” katanya.
Difahamkan, Fattah dilihat menyusul masuk beberapa minit kemudian bersama peguamnya.
SUMBER: mStar Online
0 Comments