Fazura, Fattah bercerai, perkahwinan 7 tahun musnah

 


Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.


Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber yang enggan identitinya didedahkan.


“Betul (bercerai),” ujar sumber tersebut menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.


Terdahulu keretakan rumah tangga Fattah dan Fazura mula dihidu oleh peminat selepas keduanya sudah tidak lagi berkongsi foto bersama di laman sosial Instagram masing-masing.




Fattah pada awal Ogos menafikan berdepan masalah rumah tangga dan mengatakan hubungan suami isteri bersama Fazura berada dalam keadaan baik.


Pasangan selebriti yang dikurnai seorang cahaya mata perempuan Nur Fatima Aisya, 4, berkahwin pada 2017.


Kredit: Astro Gempak




Post a Comment

0 Comments