Ibu bunuh anak sendiri untuk dijadikan korban ritual sembah syaitan

Ibu bunuh anak sendiri untuk dijadikan korban ritual sembah syaitan


Ibu berusia 26 tahun membunuh anak sendiri untuk dijadikan korban bagi ritual penyembahan setan.

 

Pada awal kejadian, pihak polis mendapat laporan daripada jiran mengatakan bahawa ada suara kanak-kanak menjerit minta tolong di sebuah apartmen.

 

Sebaik tiba ke lokasi kejadian, pihak polis telah memecahkan pintu apartmen tersebut dan mendapati suspek sedang duduk atas kerusi sambil memegang kepala anaknya yang diletakkan di atas pahanya.

 

Ketika ini pihak polis meminta dan memujuk suspek supaya bertenang dan serah diri secara baik. Tiba-tiba suspek mengambil sebilah pisau dan cuba menyerang anggota polis.

 

Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke arah suspek kerana mengancam keselamatan anggota. Suspek telah dikejarkan ke hospital bagi tindakan lanjut.

 

Polis menjumpai mayat mangsa seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dalam keadaan kepalanya dipotong serta terdapat kesan tikaman di bahagian jantung mangsa. (Ada 2 kesan tikaman di bahagian jantung mangsa menurut laporan medic).

 

Selain itu pihak polis turut menjumpai video ,gambar dan text upacara menyembah syaitan dalam telefon pintar milik suspek. Pihak polis tidak menolak kemungkinan boleh jadi suspek membunuh anaknya sendiri untuk dijadikan korban sebagai upacara menyembah syaitan.





Post a Comment

0 Comments