Sejak semalam hangat diperkatakan susulan pengawal peribadi
Fazura membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘orang ketiga’ serta mendedahkan
ada ‘penyondol’ yang didakwa menjadi punca konflik rumah tangga pasangan
berkenaan.
Bagaimanapun, tular perkongsian seorang individu dipercayai
merupakan seorang peguam mendedahkan sesuatu mengenai bekas bekas stailis hijab
kepada Fazura.
Menerusi perkongsian di Insta Story, individu berkata bekas
stailis hijab dikenali sebagai Syira itu mahu mengambil tindakan undang-undang
susulan fitnah dilemparkan terhadapnya.
Individu itu mendakwa Syira menerima komen kecaman berikutan
tuduhan khabar angin mengatakan bahawa dia adalah ‘penyondol’ dalam rumah
tangga pasangan itu dan khabar angin itu didakwa dibuat oleh wartawan yang
didakwa ‘dibayar’.
Individu itu mendedahkan stailis itu yang merupakan ibu
tunggal bukan wanita yang menyondol Fattah Amin serta mengatakan aktor itu
tidak pernah berlaku curang.
Kadang-kadang kita dapat suami yang baik tapi isteri jenis
suka private party. Dia yang ada orang lain tapi dikambing hitamkan orang
terdekat untuk jaga reputasi.
Dalam pada itu, individu itu memberitahu dia tidak mengambil
kes berkenaan kerana kini bekerja dalam bidang perundangan yang berbeza serta
mendoakan agar Syira mendapat kehidupan yang lebih baik.
Kredit: Rotikaya
0 Comments