Ini rupanya lokasi sebenar penggambaran filem Thunderbolts Di Kuala Lumpur

Ini rupanya lokasi sebenar penggambaran filem Thunderbolts Di Kuala Lumpur


Semalam kecoh di seluruh dunia secara khususnya peminat Marvel yang akhirnya dapat melihat trailer filem Thunderbolts setelah sekian lama dinantikan.

 

Video berdurasi seminit empat saat itu bagaimanapun telah mencuri minat warga tempatan apabila terdapat adengan Florence Pugh yang memegang watak utama sebagai Yelena Belova dengan berlatar belakangan bangunan yang cukup mirip di Kuala Lumpur.

 

Salah seorang netizen tempatan berjaya mengesahkan lokasi sebenar adengan di dalam filem Thundebolts terbabit.

 

Jelasnya, babak tersebut dipercayai dirakam di Medan Pasar Kuala Lumpur berlatar belakangkan Menara HSBC South Tower.

 


Bagaimanapun, difahamkan artis visual telah mengubah suai sedikit struktur luaran dan tingkap bagi memberikan kelainan pada filem tersebut.

 

Perkara ini dikuatkan pula dengan pengakuan Purgh yang dia memang menjalani penggambaran di menara tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118 pada bulan Julai.

 

Pelakon berusia 28 tahun ini mengatakan aksi lagak ngeri paling mencabar dilakukan ialah melompat dari menara kedua tertinggi di dunia itu.

 


Secara keseluruhannya, filem Thunderbolts bakal memperlihatkan dua lokasi ikonik di Kuala Lumpur iaitu di sekitar Masjid Jamek dan juga menara kedua tertinggi dunia iaitu Merdeka 118.

 

Nampaknya Malaysia sekali lagi menjadi lokasi pilihan bagi studio terkenal dalam pembikinan filem mereka. Hal ini secara tidak langsung dapat mempromosi Malaysia dan juga budaya setempat menerusinya.


Kredit: Vocket




Post a Comment

0 Comments