Man Raja Lawak terkesan apabila ada pihak tergamak
menggunakan perkataan 'kutip' susulan penglibatan Ali Puteh dalam program
Muzikal Lawak Superstar musim keempat.
Man atau Abdul Rahman Kassim, 47, berkata, tidak wujud
istilah dia mengutip Ali kerana pelawak tersebut merupakan anggota asal
kumpulan Puteh.
"Saya terkejut juga dengan komen menggunakan perkataan
'kutip' kepada Ali Puteh sedang dia merupakan anggota asal kumpulan Puteh.
"Tapi komen seperti itu tak beri kesan tapi kami juga
manusia biasa yang kadang-kadang ada kata-kata menusuk dalam hati sampai
terngiang-ngiang di dalam kepala.
"Sampaikan ada masanya buat kerja pun jadi tak sepenuh
hati disebabkan benda-benda remeh begini," katanya.
Bagaimanapun kata Man, dia menganggap perkara itu sebagai dugaan dan apa boleh dilakukan adalah dengan memberikan persembahan terbaik di pentas Muzikal Lawak Superstar nanti.
Kredit: MStar
0 Comments