Jiran dari neraka akibat ubah suai rumah, rumah sendiri jadi retak dan ada 'sinkhole'

Jiran dari neraka akibat ubah suai rumah, rumah sendiri jadi retak dan ada 'sinkhole'

 


SUKA atau tidak, proses pengubahsuaian kediaman sama ada di taman perumahan atau apartment akan mengundang ketidakselesaan jiran tetangga.


Maklumlah, selain menggunakan laluan bersama, jiran juga akan terganggu dengan bunyi bising dan kekotoran.


Tidak kurang juga yang akan mengalami masalah kerosakan rumah disebabkan kesan renovasi yang dilakukan.


Begitulah yang dilalui wanita ini selepas jirannya melakukan pengubahsuaian rumah daripada jenis kayu kepada binaan batu sepenuhnya.


Dia yang dikenali sebagai Noraishah berkata, rumah sewa yang didiaminya mula mengalami kerosakan termasuk retak dan berlubang disebabkan renovasi yang dilakukan jirannya itu.


Bukan itu sahaja, kerja pembinaan tetap dilakukan meskipun pada cuti hujung minggu sehingga mengganggu waktu rehatnya.


"Beberapa bulan lepas jiran buat rumah, 100 peratus daripada kayu kepada batu. Hujung minggu pun sibuk buat rumah sampai kita nak rehat pun tak boleh.


"Sehinggalah rumah sewa kami ni banyak retak dan macam sinkhole sebab lori-lori serta kerja menanam pasak rumah," katanya yang masih mendiamkan isu tersebut.


Bagaimanapun, pada Khamis lalu, jirannya tiba-tiba terjah dan minta dia mengalihkan kereta kerana ingin membina rumah.


Walhal katanya, kereta diparkir di ruang kediaman tanpa mengganggu kawasan jiran terbabit.


Dia boleh datang ‘sound’ suruh kita alihkan kereta sebab nak buat rumah, kita parkir kawasan kita dan tak ganggu dia.


"Siap cakap yang dia dah duduk 25 tahun kat situ, ugut-ugut... orang tua tapi tak ada otak.


"Parkir memang situ je yang ada, jiran-jiran lain semua tak bagi parkir kat kawasan mereka jadi apa yang patut saya buat," luahnya geram.


Bahan binaan yang menyebabkan kekotoran kawasan kejiranan (sekadar gambar hiasan) 


Selaian isu pengubahsuaian yang dialami, wanita itu berkata dia juga pernah dihalau jirannya gara-gara dia mahu menumpang menggunakan garaj rumah bagi membaiki motosikal.


Tuan rumah saya dah datang tengok dan dia cakap yang jiran tu tak boleh bawa berbincang... jadi kita sabar je.


"Satu hari tu, nak repair motosikal dan pinjam garaj rumah dia sebab bersimen, nak minta izin tapi pintu rumah dan tingkap bertutup rapat.


"Tak sampai lima minit, tuan rumah terus keluar dan halau dengan bahasa yang kurang ajar, jadi tak betulkan motor di situ," tambahnya lagi.


Cuba untuk mengelak masalah daripada berterusan dengan jiran terbabit, dia kemudian menceritakan situasi dialami kepada tuan rumah sewanya.


Bagaimanapun, pemilik rumahnya menyatakan bahawa jiran terbabit sukar dibawa berbincang dan hanya menyuruhnya bersabar sehingga pembinaan selesai.


"Tuan rumah saya dah datang tengok dan dia cakap yang jiran tak boleh bawa berbincang. Jadi kita sabar je sehingga siap pembinaan dan barulah repair rumah yang retak-retak.


"Cuma bimbang kalau ada ular kat lubang-lubang tu sebab duduk kawasan kampung," luahnya lagi.


Menjengah ke ruangan komen, warga maya meluahkan rasa simpati kepadanya kerana perlu berhadapan dengan jiran yang tidak bertoleransi.


Tidak kurang juga yang memintanya melaporkan tindakan pengubahsuaian tersebut kepada pihak berkuasa tempatan.


"Pinjam garaj tak minta izin tu saya fahamlah sebab dia ada hak untuk marah tapi bab renovasi tu, saya pun geram kalau jadi awak. Semoga cepat selesai urusannya.


"Nasiblah dapat owner faham perangai jiran macam tu, kalau boleh pindah... pindah je sis sebab takut akan datang macam-macam lagi dia buat. Awak yang tanggung rugi.


"Bukan main renovasi rumah sampai tak tengok kiri dan kanan, dia juga kena repair rumah awak tu sebab dia punca berlubang dan retak yang berlaku," demikian kata warga maya.


Kredit: MStar




Post a Comment

0 Comments