‘Kasihan isteri dan anak’ – Rakan Da’i Syed rayu hentikan kecaman

‘Kasihan isteri dan anak’ – Rakan Da’i Syed rayu hentikan kecaman




Pendakwah selebriti, Da’i Fuad Mokhtar merayu agar netizen berhenti mengecam dan menghukum Da’i Syed yang juga rakannya itu setelah dijatuhi hukuman merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

 

Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita dimana Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan dan hukuman penjara itu berkuat kuasa bermula 30 Ogos lalu.


 

Menurut Da’i Fuad, lidahnya berasa kelu, serba salah dan menitikkan air mata sebaik sagaja mendengar berita hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang terpaksa dijalani oleh rakannya itu.

 

Pada masa yang sama, dia turut bersimpati terhadap mangsa rogol kerana perlu melalui pengalaman hidup yang berat.


 Isu Dai Syed, sebagai rakan Dai saya terkelu lidah & rasa tidak menentu serta serba salah harini. Menitik juga air mata ketika terdengar berita hukuman berkenaannya tersebar sebelum solat jumaat tadi.


Ujian ini bukan sahaja untuk beliau tetapi untuk kami semua. Kami mohon maaf.

— Da'i Fuad Mokhtar (@daifuadmokhtar) August 30, 2024


 Selain itu, pendakwah selebriti ini turut meluahkan rasa kasihan terhadap isteri dan anak Da’i Syed kerana terpaksa melalui rintangan hidup yang berat tanpa seorang ‘pelindung’.

 

“Kasihanilah juga isterinya dan anaknya yang harus menghadapi rintangan hidup yang berat ini. Apatah lagi jika mereka perlu hidup tanpa pelindung.

 

“Keadaan ini adalah ruang untuk kita semua bermuhasabah dan sedar bahawa setiap daripada kita bila-bila masa sahaja akan diuji.


 

“Semoga Allah tidak menguji kita semua dengan ujian yang berat. Saya doakan supaya Hana Ismail dan anaknya Syarifah Fatma Nour diberikan kekuatan,” kata Da’i Fuad.

 

Kredit: Vocket




Post a Comment

0 Comments