Kes culik dan bunuh adik Aqila, Guru peribadi mangsa antara suspek utama yang ditahan

Kes culik dan bunuh adik Aqila, Guru peribadi mangsa antara suspek utama yang ditahan


LEBAK - Polis Cilegon berjaya menahan 3 suspek utama kes penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan, Aqilatunnisa Prisca Herlan, berusia 5 tahun yang ditemui maut dalam keadaan wajah mangsa dibalut dengan pita pelekat di Pantai Cihara, Lebak, Banten dan 2 lagi suspek sedang diburu polis.

 

Aqilatunnisa Prisca Herlan, 5 tahun

Mangsa merupakan anak pertama kepada pasangan Andre Primario Herlan dan Amelia. Difahamkan, ibu mangsa, Amelia ada menerima surat ugutan daripada orang yang tidak dikenali lebih kurang sebulan yang lalu. Jadi surat ugutan telah dimasukkan dalam siasatan polis bagi mengenalpasti punca sebenar pembunuhan tersebut.

 

"Motif dari pelaku belum boleh dipastikan, tapi ada beberapa pelaku akan masih diburu dan juga ada dalam siasatan" kata Ketua Polis Cilegon.

 

Mayat Aqila ditemui di tepi pantai dengan mulut dan hidung dibungkus pita pelekat

"Surat ugutan itu berkemungkinan besar ada kaitan dengan urusan perniagaan Amelia yang memberi pinjaman wang dan urusan jual beli barang secara hutang kepada pembeli." tambahnya.

 

Setakat ini pihak polis telah menahan 3 suspek utama dan 2 lagi suspek sedang diburu polis. Salah satu suspek daripada 3 yang ditangkap adalah guru peribadi mangsa sendiri.

 


Suspek utama : Guru peribadi


Turut dirampas beberapa barang bukti daripada 3 suspek tersebut seperti pisau, 2 pucuk pistol, emas, 3 telefon pintar dan beberapa dokumen yang lain.

 


Walaubagaimanapun pihak polis masih mendalami kes tersebut bagi mengenalpasti motif sebenar pembunuhan sama ada berkaitan dengan hutang dan surat ugutan tadi atau ada motif yang lain. 


Kredit: Liputan7





Post a Comment

0 Comments