Rumah Busari yang menjadi tempat tinggalnya dengan isteri-isterinya
UKUR baju di badan sendiri.
Perkara sama juga boleh dikatakan ketika mendirikan rumah
tangga, ia haruslah mengikut kemampuan diri.
Namun berbeza kisahnya untuk seorang peniaga cucur yang hidup
serba daif tetapi dilihat memilih untuk mengahwini dua orang isteri, mereka
kini tinggal serumah di wilayah Jawa Timur, Indonesia.
Melalui satu video tular di laman YouTube, dapat diperhatikan
keadaan kediaman milik lelaki dikenali sebagai Busairi yang uzur dan juga
sempit, ia dilihat hanya mempunyai lantai tanah.
Rumah berkenaan tidak mempunyai bilik, Busairi dan
isteri-isterinya tidur di bahagian tengah rumah, mereka bagaimanapun mempunyai
katil.
Tempat tidur Busari dengan isteri-isterinya
Berhampiran dengan tempat tidur mereka adalah dapur kecil
yang dilengkapi dengan beberapa perlatan memasak.
Selain mencari rezeki sebagai peniaga makanan, Busairi juga pakar sebagai pawang yang berupaya untuk merawat orang sakit, daripada sini Busain turut mendaoat upah.
"Saya bahagi nafkah secara adil dengan kedua-dua isteri
saya, ada kalanya isteri tua memberikan semua kepada isteri muda kerana jika
dibahagaikan wang itu sangat sedikit," ujar Busairi.
Busairi seterusnya berkongsikan tip kebahagiaan sekiranya
ingin berpoligami.
"Jangan bandingkan antara isteri pertama dan kedua. Saya
selalu tekankan, kalau isteri tua ada buat salah, yang isteri muda harus
maafkan.
"Sama juga sekiranya isteri muda ada buat salah, yang isteri tua harus maafkan," kata Busairi.
Kredit: TribunTrends.com
0 Comments