Lima suspek ditahan dalam pembunuhan kejam adik Aqila

Lima suspek ditahan dalam pembunuhan kejam adik Aqila



Seorang kanak-kanak perempuan, Aqilatunnisa Prisca Herlan, berusia 5 tahun dilaporkan hilang.  Dua hari selepas kehilangan, mangsa ditemui maut dalam keadaan wajah mangsa dibalut dengan pita pelekat di Pantai Cihara, Lebak, Banten.

 


Berikut kronologi ringkas kes culik dan bunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, Aqilatunnisa di Cilegon yang berpunca daripada sakit hati kerana sering ditagih hutang.

 



Suspek utama merupakan guru peribadi Aqila bernama Rahmi dan sahabat baik ibunya bernama Saenah. Mereka berasa sakit hati kepada  ibu Aqila kerana sentiasa meminta hutang.

 

Suspek berpakat merancang untuk membunuh Aqila untuk membalas dendam dengan tindakan ibunya yang sentiasa menangih hutang.


Rahmi dan Saenah menyuruh  Emi membunuh Aqila dengan upah 50 juta rupiah (RM 15, 000).

 

Emi pula turut mengupah Ujang dan Yayan dan membalut muka mangsa dengan pita pelekat serta mencampak mangsa ke tepi pantai.  Ujang dan Yayan dibayar upah 100 ribu seorang (RM30 upah setiap seorang). 


Polis telah menemukan bukti pembunuhan terancang yang dilakukan oleh kelima suspek


Kredit: Kompas TV




Post a Comment

0 Comments