Gara-gara memuat naik foto bersama hero gandingan, Fattah
Amin di Instagram, pelakon Wanna Ali dikritik netizen yang beranggapan
perkongsian itu tidak bersesuai dengan waktu sekarang.
Menerusi perkongsian Wanna di Instagram, dia hanya ingin
mempromosikan babak bersama Fattah dalam drama gandingannya yang kini sedang
ditayangkan di TV.
Netizen anggap tak sensitif
Rata-rata netizen di ruang komen berpendapat Wanna tidak
sepatutnya berkongsi gambar bersama Fattah memandangkan berita mengenai rumah
tangga aktor itu sedang diperkatakan.
“Saya peminat awak juga tapi kalau awak ambil berat fasal kak
Fazura and hormat dia tolong delete post ni. Promote malam karang saja. Kalau
tak ramai bad perspective tentang awak termasuk saya.
“Delete sudahlah post ni... sungguh tak sensitive. Masa tak
sesuai.
“Kenapa nak post ni? Apa motif? Macam tak ngam timing,” komen netizen.
Bagaimanapun, terdapat netizen yang berpendapat Wanna hanya
menjalankan tanggungjawabnya untuk mempromosikan drama sahaja dan tidak
terlibat dengan urusan rumah tangga Fattah.
“Jangan salahkan Wanna. Dia tak terlibat urusan rumah tangga
co-star dia. Mungkin dia tak tahu pun. She's only posting about their drama.
It's just coincidence,” komen netizen lain.
Terdahulu, aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin
dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah
Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Fazura, 40, membuat permohonan cerai terhadap Fattah, 33, di
Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor.
Berita perceraian Fazura dan Fattah itu disahkan oleh sumber
yang enggan identitinya didedahkan.
Kredit: Astro Gempak
0 Comments