Mereka berdua belum bersetuju untuk bercerai secara baik - Peguam

Mereka berdua belum bersetuju untuk bercerai secara baik - Peguam

 


KEMELUT rumah tangga yang sedang dilalui sama sekali tidak mengubah pendirian dan perasaan cinta pelakon Fattah Amin terhadap isterinya iaitu Nur Fazura.


Baca juga: Punca terlupa log-out akaun tktok semuanya terbongkar, jumpa mesej2 bakal bercuti bersama, panggil sayang2

Baca juga: Majlis pengebumian kecoh wanita lempang jenazah suami, isteri kedua tiba-tiba muncul tuntut faraid

 

Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia masih menyayangi isterinya itu dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 2017.


"Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Saya masih berpegang dengan kenyataan saya sebelum ini iaitu masih sayangkan Fazura. Tidak terjadi lafaz talak (terhadap Fazura)," katanya.


Fattah memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas prosiding perceraian yang difailkan Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Selangor pada Rabu.


Penceraian itu bagaimanapun tidak berlaku dan sebutan semula akan berlangsung pada 7 Oktober depan.


Dalam pada itu, Fattah mengakui kemelut rumah tangganya itu turut memberikan terhadap dirinya terutama hal kerja.



“Saya ada perasaan dan bukannya robot, pasti terganggu itu saja boleh cakap, "katanya.


Sementara itu, peguam mewakili Fattah iaitu Zulkifli Che Yong memaklumkan pasangan suami isteri ini masih belum bersetuju untuk bercerai secara baik kerana perlu memuktamadkan beberapa perkara.


"Apa yang saya boleh nyatakan bahawa mereka berdua belum bersetuju untuk bercerai secara baik kerana sedang memuktamadkan beberapa terma-terma bagi menyelesaikan secara baik berkenaan isu berkaitan semasa perkahwinan.


"Perkara ini perlu diselesaikan secara baik supaya mereka tidak memanjangkan lagi apa yang belum selesai," ujarnya.



Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.


Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.



Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.


Kredit: MStar




Post a Comment

0 Comments