KEMELUT rumah tangga yang sedang dilalui sama sekali tidak
mengubah pendirian dan perasaan cinta pelakon Fattah Amin terhadap isterinya
iaitu Nur Fazura.
Baca juga: Majlis pengebumian kecoh wanita lempang jenazah suami, isteri kedua tiba-tiba muncul tuntut faraid
Kata Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia masih
menyayangi isterinya itu dan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan rumah
tangga yang dibina sejak 2017.
"Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Saya masih
berpegang dengan kenyataan saya sebelum ini iaitu masih sayangkan Fazura. Tidak
terjadi lafaz talak (terhadap Fazura)," katanya.
Fattah memaklumkan perkara itu ketika ditemui selepas
prosiding perceraian yang difailkan Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Subang
Bestari, Selangor pada Rabu.
Penceraian itu bagaimanapun tidak berlaku dan sebutan semula
akan berlangsung pada 7 Oktober depan.
Dalam pada itu, Fattah mengakui kemelut rumah tangganya itu
turut memberikan terhadap dirinya terutama hal kerja.
Sementara itu, peguam mewakili Fattah iaitu Zulkifli Che Yong
memaklumkan pasangan suami isteri ini masih belum bersetuju untuk bercerai
secara baik kerana perlu memuktamadkan beberapa perkara.
"Apa yang saya boleh nyatakan bahawa mereka berdua belum
bersetuju untuk bercerai secara baik kerana sedang memuktamadkan beberapa
terma-terma bagi menyelesaikan secara baik berkenaan isu berkaitan semasa
perkahwinan.
"Perkara ini perlu diselesaikan secara baik supaya
mereka tidak memanjangkan lagi apa yang belum selesai," ujarnya.
Pada 13 September lalu, Fazura dikatakan memfailkan cerai
terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Untuk rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata
perempuan iaitu Nur Fatima Aisya, 3 tahun.
Kredit: MStar
0 Comments