Kuala Lumpur: Pelakon dan pengarah, Raja Azrey, 46,
mendedahkan namanya sering ditolak setiap kali dicadangkan kepada pihak stesen
TV sejak tujuh tahun lalu.
Raja
Azrey berkata, dia juga tidak mahu menghadiri mana-mana uji bakat kerana sudah
tahu jawapan yang akan diterima dari pihak terbabit.
"Saya masih meminati bidang lakonan tetapi tawaran pula berkurangan. Bila saya tanya produksi, mereka cakap nama saya tak lepas untuk tapisan.
"Saya
pun tidak tahu kenapa penerbit tidak mahu mengambil saya berlakon dan nampaknya
mereka lebih suka mengambil 'TikToker' dalam projek mereka," katanya.
Ditanya
sama ada dirinya 'demand', Raja Azrey berkata, sebagai pelakon 'senior' dia
hanya meletakkan harga bersandarkan pengalaman tiga dekad dalam industri
lakonan.
"Saya
ada dapat tawaran berlakon tapi bayarannya pula 'mengarut' dan nampaknya mereka
lebih suka mengambil pelakon baru.
"Sebab
itu, saya putuskan untuk buat program dan anjurkan kelas lakonan sendiri
melalui Akademi Raja Azrey (ARA) yang ditubuhkan sejak 2019.
"Saya
beritahu isteri, sudah jumpa formula untuk program yang mahu dibuat dan kalau
satu hari nanti orang tidak mahu tawarkan berlakon, saya berlakon dalam
produksi sendiri," katanya.
Berbanding
dulu, kata Raja Azrey, dia juga lebih memilih naskhah yang ditawarkan ketika
ini.
"Saya
tak kata diri ini bagus tapi sampai masanya untuk memilih skrip yang boleh beri
impak pada lakonan.
"Kalau
dulu, saya ambik saja tawaran yang datang. Tapi sekarang saya mahu tengok skrip
terlebih dahulu," katanya.
Raja
Azrey dikenali menerusi drama-drama seperti Kisah Benar, Akademi Polis, Kampung
Jaguh, Gerak Khas musim 19, Hari Itu Dalam Sejarah, manakala filem lakonannya
ialah Blok 404, Di Ambang Misteri, Hilang dan Jengka.
Kredit: Harian Metro
0 Comments