Putrajaya: Pelakon, Mimi Ernida, 34, mendedahkan dia pernah
melalui fasa 'struggle' hampir dua tahun tidak ada 'job' (tawaran berlakon)
seolah-olah dipinggirkan dalam bidang lakonan.
Mimi atau nama sebenarnya Nor Shamimi Ernida Mansor berkata,
dia juga menyedari tawaran berlakon yang diterima semakin berkurangan sebelum
fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi.
"Pernah satu ketika, saya berasa sangat negatif dan
kecewa dengan industri seni. Saya juga berhenti sekejap dalam lakonan dan fokus
pada bisnes ketika itu.
"Sampai ada satu masa, bila ada pihak yang tawarkan saya
berlakon, saya bercakap dalam hati, masa di fasa 'struggle' kenapa tiada
seorang pun yang panggil saya berlakon?," katanya.
Mimi ditemui pada sidang media Teater Cinta Ahmad Mutawakkil
sempena penganjuran Festival Budaya Putrajaya 2024 yang berlangsung di sini,
hari ini.
Mengenai fasa 'struggle' lagi, kata Mimi, dia juga menjadi
ejen produk kurus milik orang lain dan berniaga laksa untuk menjana pendapatan
ketika itu.
"Ketika saya berniaga laksa itu, saya tiada tawaran
berlakon hampir dua tahun dan duit simpanan juga semakin susut.
"Namun, Allah beri rezeki dengan buat bisnes dan saya
juga mendapat pendapatan menjadi ejen produk orang mencecah berbelas ribu
ringgit ketika itu.
"Sejak dari itu, saya berazam, walau macam mana sekali
pun sibuk berlakon, saya takkan berhenti berniaga sebagai jaminan masa
depan," katanya dengan nada yang sebak.
Ditanya sama ada dia tiada 'job' sebelum ini kerana tindakan
pihak tidak bertanggung-jawab yang cuba menutup 'periuk nasinya', Mimi berkata,
dia tidak mahu menuduh sesiapa pun.
"Kalau betul ada pihak yang dengki atau buat fitnah
memburukkan nama saya hingga tiada 'job' silalah jawab nanti di sana.
"Saya senang saja, bila kita mati perjalanan yang kita
lalui nanti sama saja. Satu rezeki kita tertutup ada banyak lagi pintu rezeki
yang Allah akan beri," katanya.
Untuk rekod, Mimi sudah berkecimpung dalam bidang lakonan
selama 14 tahun.
Antara filem lakonannya adalah Polis Evo, Bencinta, Bulan dan Pria Terhebat diikuti pelbagai drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan.
Kredit: Berita Harian
0 Comments