Baru-baru ini Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke 69. Perarakan kemerdekaan disambut dengan meriah dengan disertai kontinjen daripada badan kerajaan dan NGO di seluruh negara.
Dianggarkan lebih 100 000 orang turut menghadiri perarakan kemerdekaan tersebut yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Namun, sebuah video tular yang menunjukkan perarakan kemerdekaan di Indonesia mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen bagaimana negara tersebut begitu menghayati maksud kemerdekaan dengan menunjukkan susah payah orang terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan. Mereka sanggup bermandi darah dan bergadai nyawa untuk mempertahankan tanah air.
VIDEO:
Tinjauan diruang komen netizen berharap Malaysia dapat menonjolkan lagi pengorbanan pahlawan terdahulu dan orang yang berjasa dalam memperjuangkan kemerdekaan. Ia sedikit sebanyak membuka mata generasi kini untuk menghargai kemerdekaan.
Netizen juga mencadangkan agar pertujukan kemerdekaan dapat mengurangkan unsur-unsur yang tidak bermanfaat seperti bersaing tunjuk "sado", ditambah dengan pickupline daripada pasukan unit beruniform, kemudian tahun ini menonjolkan pula wanita "sweet" dari unit beruniform.
Namun ada yang beranggapan ia sekadar hiburan di hari kemerdekaan.
Apa pendapat anda?
0 Comments