Uyaina Lali Kecaman
Menurut Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32,
berkata, dia sudah lali dengan makian dan kutukan netizen kerana ia adalah asam
garam seseorang yang bergelar selebriti.
“Tak (terkesan), sebab saya bukan semalam baru ada dalam
industri. Saya dah lali, ia satu kebahagiaan. Kecaman, makian, kritikan dan
kutukan saya terima, Alhamdulillah.
“Saya juga pernah kena banned, perkongsian terbaharu saya
tentang gangguan seksual yang pernah dialami seseorang ketika kecil dahulu ada
dimuat naik di TikTok, tetapi ia dikatakan melanggar syarat komuniti. Platform
lain okay,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.
Beri Kesedaran Bukan Jatuh Hukum
Tambah Uyaina, niatnya
hanyalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dan bukan bidang kuasa
untuknya menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’.
“Duit mereka, saya selalu percaya seseorang itu tidak
bersalah jika belum didapati bersalah. Ini adalah syarat dalam undang-undang
yang digunakan di mana-mana saja kepada sesiapa sahaja dan tidak kira siapa
orang itu.
“Jadi, Alhamdulillah ada peguam secara probono, ada orang nak
membela dia sebab itu adalah hak asasi yang diberikan kepada semua orang. Semua
orang harus diberi peluang untuk pertahankan diri sendiri.
“Saya tak menjatuhkan hukuman kepada ‘Abang Bas’. Itu adalah
tugas mahkamah. Saya disini untuk beri kesedaran, sekali lagi saya ulang untuk
beri kesedaran,” ujarnya.
Cakap Ikut Fakta
Dalam masa sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut
menegaskan dia lantang bersuara dengan menggunakan fakta dalam menegakkan
kebenaran.
Malah, Uyaina juga tetap berpegang utuh kepada prinsipnya
iaitu hanya mahu memberikan kesedaran kepada masyarakat.
“Ini adalah cabaran untuk memberi pendidikan, untuk
masyarakat, bukan nak kata saya ini ada latar belakang undang-undang,
‘dengarlah cakap saya’. Anda tidak perlu menjadi seorang peguam untuk bersuara
tetapi perlu ada otak.
“Perkara ini dah ada akta, bukannya saya yang buat, memang
dah ada. Apa yang dilakukan menurut akta tersebut adalah salah. Siapa saya
untuk cakap sesuka hati saya.
“Saya cakap berlandaskan fakta. Nak cakap saya terpaling atau
apa, terpulanglah. Saya nak beri kesedaran. Kesedaran, itu sahaja,” tegasnya
lagi.
Terdahulu, pemandu bas atau lebih dikenali sebagai 'Abang
Bas' didakwa di Mahkamah Muar, Johor atas pertuduhan amang seksual terhadap
kanak-kanak perempuan namun dibebaskan dengan bayaran jaminan sebanyak RM40,000
pada Selasa.
Susulan itu, keluarga abang bas dilaporkan berhasrat
mengambil tindakan undang-undang terhadap individu dan selebriti yang didakwa
mengundang syak wasangka serta kecaman terhadap mereka.
Biarpun peguam mewakili Abang Bas iaitu Datuk Ahmad Zaharil
Muhaiyar tidak memetik nama mana-mana pihak, namun netizen bertindak melulu
dengan memetik nama Uyaina Arshad dan beberapa selebriti lain di media sosial.
Kredit: Astro Gempak
0 Comments