Kuala Lumpur:
"Sejujurnya, mengalir air mataku melihat anakku mengharungi takdir
hidupnya seorang.
"Namun, doaku sentiasa mengiringi perjalanan hidupmu agar
dipermudahkan segala urusan," demikian luahan Datin Patimah Ismail.
Ibu kepada Syamsul Yusof itu meluahkan perasaan sedih melihat
takdir hidup anaknya menerusi hantaran di Instagram Story sejurus selepas media
melaporkan berita perceraian pengarah dan pelakon sensasi berkenaan dengan
bekas menantunya, Ira Kazar.
Syamsul sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya selepas
Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor hari ini memutuskan lafaz cerai taklik
yang dibuat di luar mahkamah adalah sah.
Kredit: Harian Metro
0 Comments