Pencipta lagu Abuya Skibidi nafi ada kaitan dengan GISBH

Pencipta lagu Abuya Skibidi nafi ada kaitan dengan GISBH


Pencipta lagu Abuya Skibidi, Amir Syamsul menegaskan bahawa lagu jenaka ciptaannya itu tidak ditujukan atau menyindir mana mana pihak.

 

Dia juga menafikan bahawa dia adalah salah seorang daripada ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH).

 

Syamsul menyatakan dia mencipta lagu tersebut untuk suka suka. Dan tidak sangka pula lagu tersebut menjadi viral di pelbagai platform media sosial.

 

Dia menambah: “Maksud ‘skibidi’ adalah perkara kelakar dan kalau ada pihak kaitkan dengan isu lain memang di luar pengetahuan saya."

 

Amir Syamsul akui dia turut menerima kecaman ramai pihak. Namun dia tidak melatah. Kerana lagu tersebut tiada kaitan langsung dengan isu yang berkaitan dengan GISB.

 

Dia sendiri terkejut, rupa rupanya lagu tersebut dikaitkan dengan isu semasa yang sedang berlaku. Pihak dari sebelah sana turut tidak ada menghubunginya, untuk isu berkaitan dengan lagu ciptaannya.

 

Dia menambah bahawa lagu yang dicipta dan juga isu semasa yang berlaku adalah dua perkara yang berbeza. Dan secara kebetulan lagu tersebut viral dengan kes yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

 

Seterusnya dia juga menyatakan bahawa lagu yang dia cipta adalah menggunakan teknologi AI.

 

Amir Syamsul akui ada pihak menegurnya kerana membuat lagu parodi berkaitan orang yang sudah meninggal dunia. Dia menjelaskan bahawa, ‘Abuya’ di dalam lirik lagunya itu adalah tiada kaitan dengan Abuya yang dimaksudkan oleh segelintir pihak.


Kredit: MStar

 





Post a Comment

0 Comments