Polis Selamatkan 402 Kanak-Kanak Dieksploitasi Beberapa Di Rumah Kebajikan GISBH


Polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara satu hingga 17 tahun yang dipercayai dieksploitasi di 18 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan melalui Operasi Global yang dijalankan semalam.


Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, daripada jumlah tersebut, terdapat 201 kanak-kanak lelaki dan perempuan yang menjadi mangsa.

Hasil serbuan menunjukkan terdapat kes pengabaian dan penganiayaan terhadap kanak-kanak yang tinggal di rumah amal tersebut. Seramai 171 individu telah ditahan, termasuk 105 wanita berusia antara 17 hingga 64 tahun.- Katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Razarudin juga mendedahkan bahawa terdapat bukti yang mengaitkan syarikat ‘Global Ikhwan Service and Business Holding’ (GISBH) dengan kegiatan pemerdagangan orang dan kesalahan lain.

Mangsa-mangsa ini diajar dan dipaksa meliwat, selain menjadi mangsa liwat oleh penjaga. Terdapat juga kanak-kanak yang tidak diberikan rawatan perubatan ketika sakit, hingga ke tahap kritikal.- Tambahnya.

Selain itu, kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut turut didera secara fizikal, termasuk dipukul dengan objek seperti sudu panas.




Polis kini telah membuka empat kertas siasatan, dan satu kes akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, juga memberi jaminan bahawa kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk melindungi kanak-kanak yang terancam.


Pendedahan mengenai penderaan ini turut mendapat perhatian media, selepas laporan eksklusif mendedahkan penderaan fizikal dan seksual yang berlaku lebih 10 tahun di rumah kebajikan berkenaan.


Kredit: OhMedia





Post a Comment

0 Comments