Ramai yang meluahkan rasa tak puas hati di media sosial
kerana tindakan KJ meniru gaya Anwar bercakap seperti menyindir dan tidak
menghormati Perdana Menteri. Video tersebut menjadi tular, sebelum dipadam
dalam laman rasmi mereka.
Selain ada yang mengecam KJ dan Hotfm, terdapat juga mereka yang mahu kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen radio berkenaan dan mengajak diboikot atas gurauan yang dianggap tidak wajar terhadap seorang Perdana Menteri.
Gurauan KJ itu adalah suatu segmen menjelang pertandingan
ABPHB2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
KJ akan mempertaruhkan dirinya untuk merebut anugerah
penyampai radio popular atas kapasitinya sebagai DJ radio Hotfm.
Dalam segmen itu, dengan wajah dan nada bergurau, KJ menyebut
– Hari ini saya menang, esok kita makan ramai-ramai…
Kemudian beliau menyebut pula perkataan – Saya ulang….
DJ-DJ yang lain kemudian ketawa dengan lagak KJ itu.
VIDEO:
Memang tidak dinafikan ungkapan KJ itu adalah meniru gaya
ucapan Anwar berkaitan janji menurunkan harga minyak sebelum beliau bergelar
Perdana Menteri sebelum ini.
Untuk tujuan hiburan dan keceriaan, beliau meniru gaya ucapan
Anwar itu sebagai gurauan menjelang pertandingan ABPBH yang akan disertainya.
Namun, gaya ucapan tersebut tidak dapat diterima oleh
segelintir rakyat Malaysia dan meminta KJ dan Hotfm memohon maaf secara
terbuka atas apa yang telah berlaku.
Apa pendapat korang?
0 Comments