Speed bingung batik dari Malaysia atau Indonesia? Netizen kedua-dua negara bergaduh di laman sosial

Speed bingung batik dari Malaysia atau Indonesia? Netizen kedua-dua negara bergaduh di laman sosial


Kehadiran selebriti internet dari Amerika Syarikat, IShowSpeed yang berkunjung ke Malaysia dalam jelajah Asia Tenggara telah mencuri tumpuan peminat semalam.

 

Speed atau nama sebenarnya, Darren Jason Watkins Jr. turut menerima beberapa helai baju batik daripada peminat sebelum dia tiba di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur sekitar jam 6.30 petang.

 

Namun, netizen Indonesia tidak puas hati dan meluahkan kemarahan mereka di media sosial apabila seorang lelaki tempatan menyatakan batik tersebut merupakan pakaian tradisional Malaysia.

 

Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Speed sempat melakukan carian internet untuk mengetahui lebih lanjut dari mana asal usul batik.



“Batik berasal dari Indonesia? Tunggu, ini dari Indonesia atau Malaysia? Mereka kata batik dari Indonesia. Kenapa orang tadi kata batik dari Malaysia?

 

“Kenapa disini ditulis batik berasal dari Indonesia?,” soal Speed ketika membaca hasil carian di internet menerusi telefon bimbitnya.


“Batik asalnya dari Malaysia,” jawab pemandunya.

 

Jawapan tersebut membuatkan netizen Indonesia geram dan menyifatkan orang Malaysia suka ‘claim’ hasil karya dari negara lain.

 


Batik sememangnya berasal daripada Indonesia, namun batik yang diterima oleh Speed merupakan 'Batik Malaysia', yang kebiasannya menggunakan motif bunga dan berwarna terang.

 

Batik Indonesia pula menggunakan warna tanah, lebih kepada tradisional jawa. Malaysia dan Indonesia adalah negara serumpun. Tidak hairan kalau kita mempunyai persamaan dari segi budaya, makanan dan pakaian.

 







Post a Comment

0 Comments