“Syamsul datang peluk, saya sebak dan menangis bersama Datin” – Yusof Haslam

“Syamsul datang peluk, saya sebak dan menangis bersama Datin” – Yusof Haslam


Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam mengesahkan anaknya, Syamsul Yusof pulang ke rumah malam tadi susulan perkongsian isterinya, Datin Patimah Ismail yang memuat naik gambar mereka.

 

Memetik Utusan Online, Yusof meluahkan rasa syukur anaknya itu terbuka hati untuk pulang dan doanya sudah termakbul.

 

“Alhamdulillah, doa saya sudah termakbul. Kita doakan yang baik-baik. Gambar itu betul, saya tak sangka Datin muat naik gambar itu. Ingat dia bergambar saja-saja,” katanya.

 

Sementara itu, Yusof berkata dia tidak dapat menahan sebak apabila bertemu dengan Syamsul kerana terlalu rindukan anak sulungnya itu dan mereka mahu melupakan apa yang sudah berlaku.

 

“Dia datang peluk dengan saya. Saya pun sebak dan menangis bersama datin. Dia juga minta maaf dan ingin lupakan segala yang berlaku. Yang lepas, biarlah lepas.

 

“Saya juga bagitahu dia yang kami rindukan dia. Macam mana pun dia tetap anak kami. Kita di usia begini saya tak mahu ada krisis rumah tangga. Kami juga tidak mahu cerita perkara yang lepas,” katanya.

 

Dalam pada itu, Yusof berkata sebagai orang tua dia mahu mereka sekeluarga berbaik dan apa yang berlaku itu sudah pun bertahun berlalu.

 

“Kami tak pujuk pun dia untuk pulang. Dia balik sendiri. Kami hanya berdoa. Perkara itu pun sudah bertahun, sebelum ini saya pun dah reda dan berserah pada takdir.

 

“Kita sebagai orang tua yang sudah di penghujung usia, mahu semuanya berbaik dan berdamai terutamanya hubungan keluarga itu penting, anak beranak dan adik beradik. Alhamdulillah saya bersyukur sangat,” katanya.

 

SUMBER: Utusan Online





Post a Comment

0 Comments