Tenang berdepan ujian cerai, Alif Teega kongsi kata-kata positif… “Kita tak boleh harap bahagia semata-mata”

Tenang berdepan ujian cerai, Alif Teega kongsi kata-kata positif… “Kita tak boleh harap bahagia semata-mata”

Alif dilihat tenang hadapi ujian hidup, siap sempat kongsi kata-kata positif pada pengikutnya di IG.


KETIKA sedang berdepan tuntutan cerai daripada isteri, personaliti media sosial Alif Teega dilihat tenang dengan memuat naik kata-kata positif di media sosial.


Alif atau atau Mohd Hazalif Mohd Hazani, 30, berkata, perasaan kecewa merupakan satu fitrah manusia, namun jika ia hadir dengan rasa ikhlas pastinya kehidupan seseorang itu akan lebih tenang.


"Kita perlu terima setiap rasa yang kita perlu lalui dalam hidup kita, kita tak boleh mengharapkan semata-mata bahagia.


Alif tenang berkongsi kata-kata positif di IG.


"Kita juga tidak boleh menolak kecewa atau luluh dalam hati kita kerana itulah fitrahnya.


"Tapi seandainya kita mengikhlaskan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita, pasti kita akan tenang," katanya.


Alif berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada Isnin.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen lebih terarah mempersendakan perkongsian Alif itu.


Malah, meminta usahawan itu memperbaiki diri terlebih dahulu sebelum menasihati orang lain.


"Cukuplah hanya berkata-kata, patut nasihat diri sendiri.


"Dah tak relevan dah nasihat orang, lebih baik perbetulkan diri sendiri.


"Cukuplah kami dah bosan," tulis netizen.


Aisyah failkan cerai terhadap Alif awal Ogos lalu.


Menerusi laporan mStar pada Ahad lalu, isteri Alif iaitu Aisyah atau Aisyah Hijanah Azhari, 26 mendedahkan sudah memfailkan cerai terhadapnya namun wanita itu enggan berkongsi lanjut punca dia melakukan perkara tersebut.


Untuk rekod, Alif dan Aisyah mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017.


Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.


Kemudian pada 18 November tahun lalu, Aliff berkahwin buat kali kedua bersama Fatin Umaidah di Thailand ketika Aisyah sedang sarat mengandung.




Post a Comment

0 Comments