Tom sukar tunai permintaan suami, belum bersedia berhijab

Tom sukar tunai permintaan suami, belum bersedia berhijab


KUALA LUMPUR: Penyanyi Tom berkongsi, suaminya Fuad Rahman dan anak-anak pernah menyuarakan hasrat melihatnya berhijab.


Bagaimanapun Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 38, mengaku agak sukar untuk menunaikan permintaan mereka kerana masih belum bersedia dan minta bersabar.


"Dulu anak-anak saya okay (tak bertudung), tapi selepas Fuad ada, mereka minta saya pakai tudung sebab kalau tak pakai berdosa.


"Fuad ada juga minta saya pakai tudung, tapi saya cakap nanti dululah. Saya tak nak bila sudah pakai buka balik sebab belum bersedia.


"Fuad banyak ajar benda baik, cuma saya sahaja yang tak baik (ketawa)," katanya.




Pun begitu, kata bekas juara program realiti My Star LG 3 itu, dia sedang berusaha ke arah lebih baik terutama dari segi penampilan.


"Saya sekarang sudah mula membeli baju lebih sopan sebab Fuad bising.


"Dia tak nak saya pakai seksi sebab malu orang lihat isteri berpenampilan begitu," cerita Tom.




Sementara itu, bekas peserta Gegar Vaganza 9 itu memberitahu, dia dan suami bakal menunaikan ibadah umrah, tahun depan.


Berkongsi perasaannya, Tom mengakui bimbang kerana menyedari dirinya seorang pendosa.


"Fuad memang ada ajak saya mengerjakan umrah, tahun depan. Saya sebenarnya takut kerana bimbang kena sumpah.


"Saya pun solat masih tak betul. Tapi, Fuad tetap pujuk saya untuk pergi ke Tanah Suci Makkah bersama.




"Insya-Allah doakan saya," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media Festival Muzik Vit's - Konsert Telan Kaset 90-an di sebuah hotel, di sini, baru-baru ini.


Konsert itu bakal diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada 12 dan 13 Oktober depan.


Selain Tom dan Fuad, konsert yang dibawakan khas oleh Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN) itu turut menampilkan artis dan band popular era 1990-an. Antaranya, Zamani Slam, Rahmad Mega, Amir Ukays's, Aris Ariwatan, Kool, Ady Wow, Hasnol, Dinamik, Kasawari, Roy, Shidi Data, Isa Gravity, Wann, Febians, Shades, A To Z dan ramai lagi.


Kredit: Berita Harian



Post a Comment

0 Comments