(VIDEO) Rugi puluhan ribu ringgit ‘power bank’ meletup

(VIDEO) Rugi puluhan ribu ringgit ‘power bank’ meletup


PETALING JAYA – Seorang pempengaruh media sosial berkongsikan tragedi malang menimpa dirinya apabila rumahnya terbakar gara-gara ‘power bank’ (pengecas mudah alih) yang meletup secara tiba-tiba.


Menerusi akaun TikTok, @amadzahry kejadian difahamkan berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi di rumah teres dua tingkatnya yang terletak di Cheng, Melaka.


Amad yang juga terkenal kerana sering berkongsikan video gajet terkini, dikatakan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit kerana kebanyakan alatan eletrokniknya musnah dijilat api.


Di dalam video yang dikongsi, kelihatan bilik utamanya di bahagian tingkat atas sehingga bumbung rumah musnah termasuklah segala gajet seperti empat buah telefon pintar dan komputernya.


Katanya, kebakaran berpunca daripada ‘power bank’ yang meletup secara tiba-tiba sebelum api menyambar langsir bilik utama.


“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.


“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun,” katanya dalam perbualan bersama rakannya.


Sehingga kini videonya mendapat lebih 1.7 juta tontonan, 98,000 tanda suka dan 9,599 perkongsian.


Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai yang melahirkan rasa simpati serta mendoakan agar urusan pempengaruh itu dipermudahkan.


“Allahu, semoga dinaikkan darjah dan digantikan dengan lebih baik amin,” komen Solah.


“Salam takziah, semoga dipermudahkan segala urusan Amad. Yang penting diri dan isteri selamat,” komen Puteri.


Selain itu ada juga berkongsi pengalaman ‘power bank’ meletup dan turut yang melahirkan kerisauan terhadap bahaya alat pengecas itu.


“Pernah terjadi pada saya juga. ‘Power bank’ meletup tengah malam,” komen Sakinah.


“Ya Allah pernah juga terjadi macam ni. Mulai hari tu, memang tak ada ‘power bank’ di rumah dah. Masa kejadian tu meletup kat sebelah saya dan terus terbakar. Laju-laju ambil kain basah padam api,” komen seorang pengguna lain pula.


VIDEO: 

@amadzahry

♬ original sound - Amad | Digital Creator

Kredit: KOSMO! ONLINE




Post a Comment

0 Comments