Baru-baru ini, artis versatil, Alif Satar telah menarik
perhatian netizen apabila video dia bersama dua pelakon wanita Sophia
Albarakbah dan Nelissa Nizam tular di media sosial.
Dalam video tersebut kelihatan Alif yang sedang menari
bersama dua wanita itu. Namun, Alif menegaskan bahawa tiada sebarang sentuhan
yang berlaku ketika merakam video promosi filem terbaharu, Reeza GTR, baru-baru
ini.
Alif Satar atau nama lengkapnya Muhammad Alif Bin Mohd Satar
berkata dia masih tahu batas yang perlu dijaga terutama ketika bersama wanita
bukan mahram.
Saya buat promosi filem Reeza GTR yang akan ditayangkan pada
17 Oktober ini.
Saya sudah tahu apa batasan dan pelakon wanita itu juga tahu
batas.
Mereka tahu perlu jarakkan diri walaupun saya tak suruh. Tapi
pasukan pemasaran mungkin ada cara lebih baik untuk mempromosikannya.
Rata-rata warga maya beranggapan tindakan Alif tidak selari
dengan imej yang dibawa dalam meluaskan kempen ‘Geng Subuh Macam Jumaat’ yang
dilaksanakan sejak tahun lalu.
Kalau orang kaitkan dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat,
itu memang tanggungjawab sebagai Muslim dan saya bangun pagi memang akan solat
subuh.
Saya tak cakap bila buat kempen ini maka akan terlepas
daripada kesilapan. Saya tak boleh anggap begitu.
Tapi, secara peribadi, saya tahu batas perlu dijaga. Kalau
tengok betul-betul video, memang tak bersentuhan dan jarak antara kami jauh.
Jadi, terpulang kepada mereka dengan pendapat masing-masing.
Alif berkata, kedua-dua pelakon wanita itu juga sudah tahu
‘pantang larang’ sebelum mereka melakukan video itu bersama-sama.
Kredit: OhMedia!
0 Comments