Ambil je la duda aku tu..aku sedekah - Cik Epal beri respond padu pada penyondol

Ambil je la duda aku tu..aku sedekah - Cik Epal beri respond padu pada penyondol



Cik Epal akhirnya bersuara mengenai kontroversi yang melibatkan wanita bernama Dewi yang dikatakan mempunyai hubungan dengan bekas suaminya, Jofliam.

 

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Cik Epal menerusi satu hantaran Instagram miliknya selepas video Dewi semasa hadir dalam satu program temu bual menjadi viral.

 

Dalam temu bual bersama Haziq Hussni, Dewi mendakwa bahawa Cik Epal pernah menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam.

 


Kenyataan ini pastinya mengejutkan ramai netizen dan mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.

 

Tidak mahu berdiam diri, Cik Epal tampil membalas kenyataan tersebut di Instagram miliknya.

 

Ambil jela duda aku tu, aku sedekah kepada sesiapa yang memerlukan.

 

Kenyataannya itu seakan memberikan isyarat bahawa dia tidak lagi mempedulikan bekas suaminya dan bersedia melepaskan Jofliam kepada sesiapa sahaja.


Apabila berdepan dengan situasi getir dalam perhubungan, penting untuk bersikap matang dan tenang seperti Cik Epal. Kadangkala, melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi kebahagiaan adalah lebih baik daripada terus menyimpan perasaan.


Kredit: Ohmedia, Cik epal




Post a Comment

0 Comments