Cik Epal akhirnya bersuara mengenai kontroversi yang
melibatkan wanita bernama Dewi yang dikatakan mempunyai hubungan dengan bekas
suaminya, Jofliam.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Cik Epal menerusi satu
hantaran Instagram miliknya selepas video Dewi semasa hadir dalam satu program
temu bual menjadi viral.
Dalam temu bual bersama Haziq Hussni, Dewi mendakwa bahawa
Cik Epal pernah menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kedua kepada Jofliam.
Kenyataan ini pastinya mengejutkan ramai netizen dan
mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Tidak mahu berdiam diri, Cik Epal tampil membalas kenyataan
tersebut di Instagram miliknya.
Ambil jela duda aku tu, aku sedekah kepada
sesiapa yang memerlukan.
Kenyataannya itu seakan memberikan isyarat bahawa dia tidak lagi mempedulikan bekas suaminya dan bersedia melepaskan Jofliam kepada sesiapa sahaja.
Apabila berdepan dengan situasi getir dalam perhubungan, penting untuk bersikap matang dan tenang seperti Cik Epal. Kadangkala, melepaskan sesuatu yang tidak lagi memberi kebahagiaan adalah lebih baik daripada terus menyimpan perasaan.
Kredit: Ohmedia, Cik epal
0 Comments