Ambulans "haram" langgar lampu isyarat terlibat kemalangan

Ambulans "haram" langgar lampu isyarat terlibat kemalangan


21 OKT, TELUK INTAN - Sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) dipandu seorang lelaki yang diubahsuai dan digunakan secara tidak sah sebagai ambulans terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di sebuah persimpangan lampu isyarat di sini hari ini.

 

'Ambulans' tersebut dalam perjalanan membawa seorang pesakit dan cuba melintasi persimpangan lampu isyarat yang masih merah.

Sebuah kereta dari arah kiri kemudian telah melanggar 'ambulans' tersebut.

 

Maklumat daripada saksi di tempat kejadian, 'ambulans' tersebut tidak mempunyai sebarang lampu mata arah, siren amaran ataupun tulisan ambulans di badan kenderaan tersebut.

 

Semakan dengan pihak berkuasa, kenderaan tersebut tidak didaftarkan sebagai ambulans tetapi didaftarkan sebagai kegunaan persendirian syarikat dan dimiliki oleh sebuah syarikat di Teluk Intan.

 

Pesakit yang berada di dalam 'ambulans' tersebut dan pemandu kereta yang melanggar 'ambulans' tersebut hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan lanjut.





Post a Comment

0 Comments