Salah seorang bekas pemain Real Madrid dilaporkan bakal
menyertai juara bertahan Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam masa
terdekat.
Pemain yang dimaksudkan ialah Jese Rodriguez dimana menurut
perkongsian media di Sepanyol pemain berusia 31 tahun itu kini bergelar ejen
bebas selepas meninggalkan kelab Brazil iaitu Coritiba FC pada awal tahun ini.
Jese memiliki pengalaman luas beraksi di kancah Eropah
bersama beberapa kelab selain Real Madrid seperti Paris Saint-Germain, Stoke
City, UD Las Palmas, Real Betis dan Sporting Lisbon.
Laporan daripada Marca menyebut bahawa pemain itu bakal
menyertai kelab ke-10 dalam kariernya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
“Jesé Rodriguez akan berhijrah sekali lagi. Beliau bakal
menyertai pasukan kesepuluh dalam kariernya pada usia 31 tahun dan nasib yang
anda tidak akan pernah bayangkan.
“Beliau akan menjadi pemain bintang di Liga Malaysia,”
dipetik dari perkongsian Marca di laman media sosial.
Bekas pemain Sepanyol B-23 itu telah merekodkan 80 gol dan 48
bantuan gol dalam 347 penampilan selain boleh beraksi sebagai pemain sayap atau
penyerang utama.
Jese dianggap sebagai pemain yang gagal untuk mencapai
potensi sebenar dimana beliau dicanang sebagai salah satu pemain yang akan
mengangkat Real Madrid di samping Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale ketika itu.
Masalah konsistensi dan sering berpindah kelab menyebabkan
beliau gagal untuk tampil cemerlang bersama kelab yang diwakilinya.
Kredit: Vocket
0 Comments