"Betapa hebat Fazura, diam sahaja tanpa meraih simpati selepas bercerai" - Peminat

"Betapa hebat Fazura, diam sahaja tanpa meraih simpati selepas bercerai" - Peminat

 


Perkongsian seorang peminat dikenali sebagai Azura Baharudin menyifatkan selebriti popular, Fazura wanita hebat yang dilihat kuat meskipun dikecam selepas berdepan perceraian.


Baca juga: [VIDEO]‘Kami sudah tidak penting lagi lepas Fattah Amin menduda’


Menerusi perkongsian di Facebook, Azura kagum dengan Fazura yang diam selepas berpisah dan tidak sibuk meraih simpati.

 

Kata Azura lagi, Fazura mempunyai kerjaya yang bagus serta pendapatan sendiri dan teruskan kehidupan selepas berpisah.

 

Dalam pada itu, Azura menitipkan nasihat kepada orang ramai terutamanya golongan wanita untuk dijadikan panduan dalam isu membabitkan Fazura.

 


“Boleh jadi contoh buat wanita lain juga. Yang baik-baik kita ambil sebagai panduan. Yang tak baik kita letak tepi.

 

“Ramai perempuan tak sokong dia?? Biasa lah wanita hebat memang ramai tak suka sebab tak mampu nak jadi macam dia. Itu antara sifat tak baik wanita iaitu nak jatuhkan sesama wanita bila tak boleh nak jadi bagus macam orang tu,” tulisnya.


Kredit: Rotikaya




Post a Comment

0 Comments