Animasi Upin Ipin sudah menjadi salah satu produk dalam
mempromosikan budaya Malaysia di persada antarabangsa dengan yang lebih santai dan dekat semua lapisan masyarakat.
Menerusi perkongsian video TikTok oleh khai_eun_woo, dia
telah merakam momen sekumpulan pelajar sekolah di Korea Selatan sedang menonton
siri animasi Upin Ipin di dalam bilik darjah.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah keterujaan para pelajar menonton dengan khusyuk di samping bersorak atau ketawa melihat sesuatu babak di dalam episod yang disiarkan pada televisyen.
Malah, Encik Khai selaku guru juga mendedahkan bahawa
pelajarnya turut sudah mengetahui tagline karakter Mael di dalam animasi Upin
Ipin iaitu ‘dua singgit’ untuk jualan ayam gorengnya.
@khai_eun_woo Replying to @TIRA 💞🇲🇾 ♬ original sound - Khai Eun Woo
Menjengah ke ruangan komentar, rata-ratanya netizen tempatan
sangat terhibur melihat gelagar pelajar sekolah korea tersebut kerana sangat
menghayati setiap babak dalam episod yang disiarkan.
0 Comments