Abang kepada usahawan pizza wagyu terkenal Jofliam iaitu Syah
Jofli menerusi Threads tampil menjelaskan situasi daripada pihak keluarga.
Menurut Syah, mereka sekeluarga tidak pernah masuk campur
urusan rumah tangga Jofliam dan isterinya, Cik Epal.
Namun, dia terpaksa menegur selepas melihat posting-posting
kemesraan pekerja wanita dan Jofliam yang didakwanya boleh mengundang fitnah.
Perempuan masih berstatus isteri dan lelaki masih lagi dalam
keputusan mahkamah. Saya sebagai abang telah tegur secara baik untuk tidak post
story yang mengundang fitnah.
Dakwanya, teguran secara baik yang diberikan tidak diterima
malah dibalas dengan ucapan yang menurutnya tidak beradab.
Jelasnya lagi, isu sepatutnya dibincangkan antara keluarga
sahaja namun adiknya memilih untuk mendedahkan di media sosial.
So the rest semua pun dah baca, and cerita pun dh terlondeh
dengan sendirinya. Nasihat saya kembalillah kepada keluarga. Keluarga mana
tidak sayangkan adik/abang or anak sendiri. Tidak berbaloi untuk trade seorang
perempuan yang bagi saya amat biadab yang berstatus isteri orang di media
sosial fleexing seolah-olah dia ahli keluarga kami. Status dia hanyalah skandal
berstatus isteri orang yang tiada tempat di dalam keluarga.
Sebagai abang, Syah menyeru adiknya supaya kembali kepada
keluarga dan menganggap wanita yang berstatus isteri orang itu sebagai biadap.
Kredit: Oh Media
0 Comments