KUALA LUMPUR - Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar keadilan
diberikan segera kepada seorang pekerja pembinaan yang didakwa diserang kerabat
Diraja Pahang bersama sekumpulan individu pada bulan lalu.
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story
pada Jumaat menambah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia
juga mesti dilihat dilaksanakan.
"Dia (mangsa) ialah rakyat beta. Berikan dia keadilan
sekarang," tulis Tengku Hassanal dalam kemas kini tersebut.
Tengku Hassanal bertitah, mereka yang memperjuangkan keadilan
akan sentiasa menghadapi tentangan daripada pihak yang melakukan ketidakadilan.
"Akhirnya, mereka yang berdiri di pihak kebenaran akan
sentiasa menang, manakala mereka yang berada di pihak yang salah akan
jatuh," titah baginda.
Tengku Hassanal, putera sulung kerabat Di-Raja Pahang dengan adik- beradiknya |
Sebelum ini, Tengku Hassanal menerusi kenyataan dikeluarkan
Istana Abdulaziz menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan
penuh secara segera, telus dan adil tanpa sebarang kompromi kepada mana-mana
pihak agar keadilan dapat ditegakkan.
Ia susulan laporan media bahawa seorang pekerja pembinaan dan
penyelenggaraan jalan, mendakwa cedera selepas diserang seorang kerabat diraja
dan beberapa individu menggunakan senjata tajam dan pistol.
Pada Khamis, sebuah portal melaporkan, mangsa yang dikenali sebagai Alias Awang, 44 tahun, kecewa kerana belum ada tindakan daripada pihak berkuasa berhubung insiden berkenaan.
Kredit: Awani
0 Comments