Shah Alam: Pelakon, Fattah Amin, 33, menafikan dakwaan dia
berlaku curang menerusi pendedahan yang dibuat bekas isterinya, Nur Fazura, 41,
selepas disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling,
Subang Bestari, di sini, hari ini.
Baca juga: "Fattah bijak, kaum lelaki ambil pengajaran" - Shamsul Ghau Ghau
Baca juga: "Perpisahan memang sakit, jika bahagia kecapilah sebaiknya nikmat itu - Didie Alias
Baca juga: Tak sensitif, menangguk di air keruh - pengurus Fazura
Baca juga: "Woi dah la tu, diamlah" - Salina Saibi gesa Fazura henti aibkan Fatah
Baca juga: "Hati saya remuk, saya sudah cukup berjuang dia balas dengan curang dan abai nafkah" - Fazura
Baca juga: (TERKINI) Emma Maembong sahkan sudah bercerai
Fattah berkata, dia terkejut dengan tohmahan yang dilemparkan
dan menyifatkan tuduhan melampau itu bertujuan untuk memalukan dirinya.
"Saya menafikan tuduhan itu. Malah, peguam dia sebelum
ini pun sudah jelaskan tiada kes curang. Kenapa tiba-tiba perkara ini
dibangkitkan.
"Saya pun ada bukti dan ia satu tohmahan untuk memalukan
dan mencemarkan nama baik saya," katanya.
Menurut Fattah, dia kesal dengan segala kenyataan yang
dikeluarkan oleh bekas isterinya walaupun masing-masing sudah memeterai
perjanjian untuk tidak memburukkan sesiapa.
"Kami sudah ada perjanjian bersama sebelum saya lafazkan
talak. Perjanjian kami adalah masing-masing perlu menjaga aib dan tidak
mencemarkan nama baik.
"Itu perjanjian yang sudah ditandatangani bersama
sebelum lafaz. Saya agak terkejut kenapa tiba-tiba ada kenyataan sebegitu
daripada dia. Saya sangat sedih," katanya.
Ditanya mengenai punca perceraian, Fattah menganggap tiada
persefahaman di antara mereka.
"Tiada persefahaman, itu saja. Kalau fasal curang peguam
dia sudah nafikan sebelum ini," katanya.
Terdahulu Fazura mendedahkan tiga punca perceraian dan salah
satunya adalah kecurangan yang dilakukan Fattah semasa mereka masih bergelar
suami isteri.
Dua lagi punca ialah pengabaian nafkah dan tiada
persefahaman.
Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya, 4.
Kredit: Harian Metro
0 Comments