PUTRAJAYA – Seperti mendapat durian runtuh, dihujani tawaran
lumayan sebaik melalui episod perceraian dengan Fazura, pelakon Fattah Amin
tidak menyangka menerima rezeki melimpah-ruah sehingga hampir tidak menang
tangan.
Fattah atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34,
berkata, setakat ini, jadual kerjanya juga padat sehingga Februari tahun
hadapan.
“Ini rezeki, Alhamdulillah. Saya sendiri tidak sangka apabila
rezeki sangat murah sekarang dan paling patut buat ialah memanjatkan rasa
syukur pada Allah.
“Terima kasih untuk semua doa, sokongan dan rezeki yang
diberikan, saya sangat bersyukur.
“Rezeki yang diberi ini merupakan satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan sehabis baik dan tak mahu kecewakan pihak yang sudah beri kepercayaan kepada saya,” katanya.
Ditanya mengenai pemilihan jenama dan produk yang ditawarkan,
Fattah amat menitikberatkan beberapa perkara termasuk tidak mempromosikan jenis
produk yang sama.
“Saya tidaklah terima semua tawaran dan akan teliti terlebih
dahulu jenama, produk dan komitmen yang diminta.
“Saya cuba elak mengambil produk yang lebih kurang sama
kerana tidak mahu timbul masalah kelak.
“Pihak pengurusan juga membantu dan sangat selektif tentang
pemilihan produk sebelum bersetuju ambil,” ujarnya.
Sempat berkongsi momen manis pertemuan bersama anaknya, Nur
Fatima Aisya baru-baru ini, Fattah bersyukur dapat meluangkan masa bersama
puterinya.
“Fatima sangat gembira bila dapat jumpa daddy dia. Saya bawa
dia jalan-jalan dan belikan permainan.
“Saya juga turut bertemu dengan dengan ahli keluarga saya
yang lain. Alhamdulillah, terubatlah kerinduan itu,” ujarnya.
Sebelum ini, pelakon filem Pendekar Awang: Darah Idera Gajah
itu mula menjadi bahan bualan ramai sehingga digelar ‘Duda Hot’ selepas
bercerai talak satu dengan Nur Fazura di Mahkamah Rendah Syariah Petaling,
Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Kredit: KOSMO! ONLINE
0 Comments