Pelakon, Hisyam Hamid menganggap gelaran duda ‘hot’ yang
diberikan kepadanya sebagai satu pujian yang boleh memberikan kesan baik
terhadap dirinya.
Duda ‘hot’
Menurut Hisyam, dia juga bersyukur kerana telah melepasi fasa
‘jatuh terduduk’ selepas mereka mengambil haluan masing-masing.
Saya anggap label duda hot itu sebagai satu pujian kepada
saya. Mungkin benda tersebut secara tak langsung ada impak positif.
Alhamdulillah, sekarang saya gembira dengan ‘progress’ diri.
Ini proses saya untuk bangun selepas jatuh.
Tambah pelakon berusia 38 tahun itu, dia juga selesa hidup
bujang dan dalam masa yang sama mampu memberikan fokus kepada anak dan juga
ibunya.
Buat masa ini, saya selesa dengan hidup macam ini (duda).
Kawan-kawan macam biasa dengan semua orang.
Saya hanya mahu berikan tumpuan kepada anak-anak dan ibu
saya.
Hisyam berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis
Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-36 yang diadakan di
Auditorium MBSA, Shah Alam pada Jumaat.
Lumrah ‘public figure’
Ketika ditanya adakah dirinya terganggu dengan gelaran
tersebut, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Hatimu Sedingin Salju’ berkata
dia memahami itulah lumrah yang perlu dihadapinya sebagai seorang selebriti.
Saya okey sahaja, pada akhirnya kita adalah ‘public figure’
(berpengaruh), benda macam ini mesti akan terjadi.
Kalau berkahwin ataupun bujang ada gosip tersendiri dan boleh
jangka perkara begini akan jadi.
Apa yang paling penting, saya tahu jaga diri dan kerja saya.
Terdahulu, Hisyam mengesahkan perkahwinannya bersama bekas
isteri iaitu Rosmawati Hanafi atau lebih dikenali sebagai Mel sudah berakhir
dengan penceraian.
Untuk rekod, Hisyam dan bekas isterinya dikurniakan sepasang
cahaya mata iaitu Nurish Syameliah, 17, dan Haydeen, 15 sepanjang 18 tahun usia
perkahwinan.
Kredit: OhBulan
0 Comments