Janda jadi pelacur di Malaysia mahu bayar hutang bina rumah di kampung

Janda jadi pelacur di Malaysia mahu bayar hutang bina rumah di kampung



KLANG – Desakan hidup dipercayai punca seorang wanita warga Indonesia melacur bagi membayar hutang pembinaan rumah di negara asalnya.


Wanita yang mahu dikenali sebagai Angel, 27, berkata, dia baru masuk ke negara ini secara sah kira-kira 10 hari lalu melalui Johor sebelum menaiki bas bersama saudaranya ke bandar raya ini.

 

Janda anak dua itu tanpa berselindung menyatakan tujuan ke negara ini untuk menawarkan khidmat seks bagi mendapatkan wang segera.

 

“Saya mepunyai hutang yang banyak dianggarkan 35 juta rupiah (RM9,591.61) selepas membina rumah di kampung di Palembang.

 

“Dulu saya bekerja sebagai deejay kelab, namun (upah) tidak lumayan. Sekarang tinggal RM400 (1.45 juta rupiah) sahaja lagi mahu langsaikan hutang tersebut,” katanya selepas ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) hari ini.

 

Menurut Angel, dia melayan lapan pelanggan maksimum yang rata-ratanya terdiri daripada warga Bangladesh dengan caj RM60 seorang.

 

Jelasnya, waktu perkhidmatan seks ditawarkannya antara pukul 9 pagi hingga 7 malam.

 

“Sewaktu operasi dijalankan, saya sedang tidur kepenatan. Saya tahu kerja ini (melacur) salah, namun saya perlukan wang segera,” katanya.

 

Dalam pada itu, rakannya, Sukorprihatin, 37, dari Jawa Tengah memaklumkan, dia mula menjual diri sejak 28 September lalu dengan hujung minggu adalah waktu paling sibuk melayan sehingga 15 pelanggan.

 

Tambah janda anak tiga itu, dia baharu dua bulan berada di negara ini. Sebelum ini wanita itu bekerja sebagai pelayan restoran di Johor dengan pendapatan RM80 sehari.

 

“Rumah kami ada empat bilik dengan setiap bilik kadar sewanya adalah RM600 seorang.

 

“Di sinilah tempat kami tidur dan menjalankan khidmat seks. Kami tiada majikan dan melakukan aktiviti ini secara sendirian disebabkan untung yang tinggi,” jelasnya. 


Kredit: KOSMO! ONLINE





Post a Comment

0 Comments