Kuala Lumpur: "Artis mana pula nak dengan Ina ni? Dah la anak ramai," kata Ina Naim menerusi WhatsApp sambil diikuti emoji ketawa.
Baca juga: Isman Hijjaznafi bakal nikahi Ina Naim
Baca juga: "Nak masuk tandas pun kena pegang anak" - Uqasha Senrose mohon para suami hargai isteri
Baca juga: Satu kali putus tunang, dua kali cerai - Erra Fazira dipuji tak pernah dedah aib pasangan
Baca juga: "Gelaran duda 'Hot', saya anggap itu pujian" - Hisyam Hamid
Balu kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad itu mengulas
mengenai gosip dia bakal berkahwin dengan seorang artis dalam masa terdekat.
Difahamkan kad jemputan hari bahagia pasangan selebriti itu
sudah diedarkan di kampung Ina dekat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor.
Ina atau Nordiana Mohd Naim, 40, menafikan khabar angin
terbabit dan kemudian meminta diri seketika kerana sedang mempunyai urusan di
bandar. Dia kemudian tidak lagi membalas mesej WhatsApp.
Terdahulu, Ina yang juga seorang penyanyi berkahwin dengan
Suhaimi atau Mohd Suhaimi Saad, 43, pada 12 Ogos 2007.
Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie
Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony.
Suhaimi yang juga bekas anggota kumpulan nasyid In-Team
meninggal dunia pada 15 November tahun lalu di Unit Rawatan Rapi (ICU),
Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Kredit: Harian Metro
0 Comments