Kedai burger IShowSpeed menjadi sensasi di media sosial
apabila berjaya membuat bintang YouTuber naik ‘gila’ selepas gigitan pertama
burger special yang ditawarkan.
Oleh kerana populariti kian melonjak, kedai burger terbabit
telah didatangi jumlah pelanggan yang ramai pada saban hari.
Siapa sangka kedai burger yang telah menaikkan nama Malaysia
di platform internet kini sudah menemui pengakhirannya?
Tular sebuah video di TikTok yang memperlihatkan kedai burger
yang terletak di kaki lima LRT Bangsar itu telah pun disita oleh pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur.
@foodyfun5 Stall burger ramli yang terkenal selepas IshowSpeed makan, kini di sita penguatkuasa #ishowspeed #burger #foodvalley #naya ♬ Pelangi Petang - Dato' Sudirman
Di dalam video itu, tapak penjualan burger sudah diserbu oleh
pihak DBKL dan barangan telah disita menerusinya pada awal pagi semalam.
Selain itu, kelihatan van dan trak milik DBKL yang diparkir
pada sisi jalan yang dipercayai untuk mengambil barangan dan kiosk burger
terbabit.
Dalam pada itu, pemilik kedai burger berkenaan telah
mengesahkan bahawa kedai mereka terpaksa tutup sementara ekoran telah disita
oleh pihak DBKL menerusi Instagramnya.
Dia sempat berterima kasih kepada orang ramai yang memberikan
sokongan selama ini dan akan mengemas kini sebarang info kedainya dari semasa
ke semasa.
Kredit: Vocket
0 Comments