Kembali ke Ipoh setelah 50 tahun, Fauziah Nawi sebak imbas kenangan tempat lahir dan membesar

Kembali ke Ipoh setelah 50 tahun, Fauziah Nawi sebak imbas kenangan tempat lahir dan membesar




Datuk Hajah Fauziah binti Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008).


Baca juga: Que Haidar,Linda Jasmine sah cerai

 

Beliau berkahwin dengan Mohd Hanif Gedek pada 1975 hingga 1996 dan dikurniakan dua anak. Anak sulung beliau, Mohd Firdaus (Pitt Hanif) ialah seorang penulis skrip dan pengarah.

 

Fauziah dan anak-anaknya

Beliau merupakan graduan Sarjana (Master) dan berjaya menamatkan pengajian pascasiswazahnya dalam jurusan Ijazah Sarjana Profesional dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada 23 September 2018.

 

Pada tahun lalu, Fauziah turut pulang kembali ke Ipoh kira-kira dua minggu lalu sempena reunion Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (Raja Perempuan Secondary School).

 

“Tapi kepulangan saya di sana membuatkan saya sedih dan menangis. Saya menangis kerana saya berasakan data simpanan saya terlalu kecil dan hanya mengandungi memori waktu zaman silam itu.

 

“Bermakna saya ini hidup dalam kenangan. Padahal seorang guru saya iaitu Pak Latiff pernah mengingatkan kepada saya supaya jangan hidup dalam kenangan.

 

“Pembangunan di Ipoh yang sungguh dahsyat . Saya tidak dapat mengenali lagi sebahagian tempat di Ipoh setelah lebih 50 tahun meninggalkan bandar tempat saya lahir dan membesar ini.

 

“Misalnya, saya tidak dapat jumpa Tebing Tinggi tempat saya pernah menyanyi yang letaknya di Jalan Bendahara. Saya menjumpai Jalan Bendahara tetapi kawasan Tebing Tinggi itu sudah tidak kelihatan lagi.

 

“Saya juga turut menjejaki semula rumah lama ibu bapa saya. Saya masih ingat lagi alamatnya iaitu No. 19 Jalan Salak, Sungai Bekam.  Bapa saya terpaksa jual rumah itu kepada orang kaya dan rumah itu kini sudah bertukar menjadi rumah batu.

 

Fauziah bersama kedua ibu bapa dan adik-beradik


“Akhirnya Tuhan hendak tolong saya juga. Tidak jauh daripada rumah lama ibu bapa saya itu, masih terdapat rumah yang sama kepunyaan jiran saya. Rumah itu tidak diubah dan kekal begitu sahaja, katanya.

 

Bahkan, ibu Fauziah juga turut bercerita bagaimana dia terjebak sebagai anak seni sewaktu ibu bapanya menguruskan kantin di Kompleks  Budaya Negara (KBN) yang kini menjadi lokasi Istana Budaya yang ada sekarang.


Ketika Fauziah Nawi berusia antara 18 tahun hingga 19 tahun, Fauziah Nawi sering masuk pertandingan menari dan beberapa kali jadi juara. Hal yang demikian telah membuatkan Fauziah Nawi mudah mendapat peluang menari di acara-acara besar selepas itu.

 

Fauziah ketika muda remaja

Selepas itulah, Fauziah Nawi mula aktif dan terlibat dalam pelbagai drama pentas sama ada yang berbayar ataupun tidak atas dasar minat yang tinggi dalam bidang seni.


Sementara drama TV pula, pelakon serba boleh ini sudah berlakon puluhan drama dan masih lagi aktif sehingga ke hari ini apabila bakatnya turut diterima generasi baru menerusi lakonannya yang cukup berkesan.


Pelakon Malaysia yang disegani 


Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.


Menerima pelbagai anugerah seni dan gelaran Datuk


Kredit: Getaran





Post a Comment

0 Comments