Datuk Hajah Fauziah binti Nawi (lahir 26 Jun 1953) merupakan seorang juruhebah radio, pelakon, penyanyi, pengarah dan penari Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai tenaga pengajar Akademi Fantasia Musim keempat (2006) dan keenam (2008).
Baca juga: Que Haidar,Linda Jasmine sah cerai
Beliau berkahwin dengan Mohd Hanif Gedek pada 1975 hingga
1996 dan dikurniakan dua anak. Anak sulung beliau, Mohd Firdaus (Pitt Hanif)
ialah seorang penulis skrip dan pengarah.
Fauziah dan anak-anaknya |
Beliau merupakan graduan Sarjana (Master) dan berjaya
menamatkan pengajian pascasiswazahnya dalam jurusan Ijazah Sarjana Profesional
dalam Industri Seni (Lakonan) daripada Universiti Terbuka Malaysia (OUM) pada
23 September 2018.
Pada tahun lalu, Fauziah turut pulang kembali ke Ipoh kira-kira dua minggu
lalu sempena reunion Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan (Raja Perempuan
Secondary School).
“Tapi kepulangan saya di sana membuatkan saya sedih dan
menangis. Saya menangis kerana saya berasakan data simpanan saya terlalu kecil
dan hanya mengandungi memori waktu zaman silam itu.
“Bermakna saya ini hidup dalam kenangan. Padahal seorang guru
saya iaitu Pak Latiff pernah mengingatkan kepada saya supaya jangan hidup dalam
kenangan.
“Pembangunan di Ipoh yang sungguh dahsyat . Saya tidak dapat
mengenali lagi sebahagian tempat di Ipoh setelah lebih 50 tahun meninggalkan
bandar tempat saya lahir dan membesar ini.
“Misalnya, saya tidak dapat jumpa Tebing Tinggi tempat saya
pernah menyanyi yang letaknya di Jalan Bendahara. Saya menjumpai Jalan
Bendahara tetapi kawasan Tebing Tinggi itu sudah tidak kelihatan lagi.
“Saya juga turut menjejaki semula rumah lama ibu bapa saya.
Saya masih ingat lagi alamatnya iaitu No. 19 Jalan Salak, Sungai Bekam. Bapa saya terpaksa jual rumah itu kepada
orang kaya dan rumah itu kini sudah bertukar menjadi rumah batu.
Fauziah bersama kedua ibu bapa dan adik-beradik |
Bahkan, ibu Fauziah juga turut bercerita bagaimana dia
terjebak sebagai anak seni sewaktu ibu bapanya menguruskan kantin di
Kompleks Budaya Negara (KBN) yang kini
menjadi lokasi Istana Budaya yang ada sekarang.
Ketika Fauziah Nawi berusia antara 18 tahun hingga 19 tahun,
Fauziah Nawi sering masuk pertandingan menari dan beberapa kali jadi juara. Hal
yang demikian telah membuatkan Fauziah Nawi mudah mendapat peluang menari di
acara-acara besar selepas itu.
Fauziah ketika muda remaja |
Selepas itulah, Fauziah Nawi mula aktif dan terlibat dalam
pelbagai drama pentas sama ada yang berbayar ataupun tidak atas dasar minat
yang tinggi dalam bidang seni.
Sementara drama TV pula, pelakon serba boleh ini sudah
berlakon puluhan drama dan masih lagi aktif sehingga ke hari ini apabila
bakatnya turut diterima generasi baru menerusi lakonannya yang cukup berkesan.
Pelakon Malaysia yang disegani |
Pada Mei 2019, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.
Menerima pelbagai anugerah seni dan gelaran Datuk |
Kredit: Getaran
0 Comments