Netizen panas, Sherry doakan Fattah Amin

Netizen panas, Sherry doakan Fattah Amin

 


Pelakon Sherry Ibrahim telah memuat naik status yang mendoakan Fattah Amin selepas pelakon lelaki itu disahkan bercerai dengan Fazura.


Baca juga: "Fattah bijak, kaum lelaki ambil pengajaran" - Shamsul Ghau Ghau

Baca juga: Tak sensitif, menangguk di air keruh - pengurus Fazura

Baca juga: Dia saya gelar budak skema, peminat perempuan ramai tapi dia bukan jenis melayan, jadi kamu percaya dia curang?- Keena Wahab

Baca juga: "Woi dah la tu, diamlah" - Salina Saibi gesa Fazura henti aibkan Fatah 


Sherry berharap Fattah tabah menghadapi ujian ini dan terus maju kehadapan demi Fatima dan keluarganya.

 


Walau bagaimanapun, kenyataan Sherry tersebut tidak disenangi sebahagian netizen. Hal ini kerana Sherry dan Fattah pernah menjalin hubungan percintaan selama dua tahun sebelum putus pada tahun 2016.

 

Netizen menganggap status tersebut tidak perlu dimuatnaik secara umum kerana menganggap tidak menghormati perasaan Fazura yang baru sahaja bercerai dengan Fattah.

 



Namun, ada netizen yang beranggapan ia hanya sekadar doa yang baik dan tak perlu marah dan melatah. Tidak menjadi kesalahan untuk mendoakan kebaikan kepada orang lain.


Terdahulu, Fazura dan Fattah sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling selepas tujuh tahun berumah tangga. Lafaz talak itu dilakukan Fattah pada jam 9.45 pagi  pada 7 Oktober 2024 di hadapan Hakim Syarie Abdul Malik Soleh.







Post a Comment

0 Comments