Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32,
menerusi perkongsian di Instagram berkata, suami perlu menghargai isteri yang
menguruskan anak sendirian tanpa pertolongan pembantu sebagai satu pengorbanan
besar.
“Hargailah isteri anda. Besar pengorbanan isteri yang
membesarkan anak tanpa pertolongan sesiapa. Ada yang tidak cukup tidur, yang basuh
baju anak, lipat baju anak susun baju anak. Basuh botol susu, buat susu.
“Tidur sampai hendak patah pinggang, nak makan pun hanya
untuk alas perut. Nak masuk tandas pun kena pegang anak, kalau letak anak
menangis. Hendak mandi pun tak sempat, takut anak menangis.
“Bagi yang ada pembantu, alhamdulillah, bagi yang mengasuh
sendiri ingatlah bahawa sangat besar pahalanya,” tulisnya.
Sementara itu, Uqasha turut merasa sebak mengenangkan momen
kehamilan selama sembilan bulan dan sudah melalui tempoh enam bulan membesarkan
anaknya. Hawra Uqaira. Uqasha turut mendoakan semoga puteri sulungnya berada
dalam keadaan baik dan dirahmati Tuhan.
“Ya Allah lindungi anakku. Jagalah di setiap langkah kakinya,
di setiap detak jantungnya dan di setap hembusan nafasnya.
“Ya Allah panjangkanlah umur anakku, terangilah hatinya,
teguhlah imannya, cerdaskan akalnya, baikkan amal perbuatannya, lapangkan
rezekinya, dekatkan dia dengan kebaikan dan jauhkanlah dari segala keburukan,”
tulisnya.
Kredit: HibGlam
0 Comments