Di Manjung, Perak, seorang lelaki ditemukan tertiarap dalam
keadaan rentung selepas mati dibunuh adik sendiri.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku pada 25
September lalu menyebabkan ibu mangsa, Azizah Uda trauma dan ketakutan.
Menceritakan dengan lanjut, Azizah berkata, rumah tersebut
didiami olehnya dan anak yang lain termasuk suspek.
Dalam kejadian jam 2.40 pagi itu, Azizah bersama anak
sulungnya, Norazilawati sedang tidur di bilik berasingan.
Sementara cucunya yang berumur 18 tahun (anak Norazilawati)
belum tidur dan baru keluar dari tandas.
Ketika itu, dia lihat pak ngah (mangsa, Mohamad Hairul
Ridzuan) tidur atas lantai di ruang tamu, dalam masa sama, terlihat pak uda
(suspek) masuk ke dalam rumah.
Anak perempuan saya tahu pak udanya tak sihat, dia terus
masuk ke bilik kakaknya dan mengunci pintu kerana takut.
Tak lama selepas itu, dia terdengar bunyi hentakan. Kakaknya
terdengar nafas akhir pak ngah, dia cuba mengintai dari tingkap dan terlihat
suspek bawa dua tong petrol sambil berbogel, badannya ada kesan darah.
Melihat kejadian itu, anak-anak Norazilawati terus
menghubungi polis kemudian kebakaran berlaku. Tambah Norazilawati, polis
memaklumkan suspek telah menghentak mangsa dengan lesung batu.
Waktu itu anak saya beritahu ‘Pak ngah dah mati, pak uda
bunuh!’ Saya tanya dia (suspek) kenapa kau bunuh nyah (panggilan Mohamad Hairul
Ridzuan dalam beradik), apa salah nyah? Dia cuba berdalih kata dia cuma bunuh
dan bakar kucing sebab katanya dia dengar bisikan.
Menurut keterangan ahli keluarga, suspek sebelum ini sihat
seperti orang biasa dan pernah bekerja di hotel. Namun, pada tahun 2018 suspek
mula menunjukkan kelakuan pelik dan cakap merapu.
Suspek dilaporkan baru keluar dari Penjara Tapah pada 20
September lalu kerana disabitkan kesalahan merosakkan ATM di sebuah bank.
Pada 23 September, suspek sekali lagi buat kecoh apabila pergi ke sebuah lagi bank dekat Sitiawan sambil berbogel.
Kredit: Harian Metro, OhMedia
0 Comments